minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Mahasiswa penggerak reformasi.

Mahasiswa atau lebih di kenali dengan nama pelajar bermaksud seorang penuntut yang belajar di sesebuah institusi pengajian tinggi sama ada universiti, politeknik, kolej swasta dan sebagainya. Mereka ini adalah aset penting kepada negara yang menuju ke arah negara maju. Apa yang ada pada mahasiswa? Jika kita sebut mahasiswa sudah pasti kita bayangkan anak muda belasan dan awal 20an tahun umurnya. Mereka punyai tenaga yang banyak dan minda yang segar untuk memikirkan hal kancah politik tanah air. Mengapakah mereka ini di sekat daripada bersuara? Mereka juga adalah rakyat Malaysia.

Malah jiwa dan fikiran mereka jauh lebih berilmu untuk memikirkan hal-hal politik tanah air. Apakah sikap mereka yang menyebelahi Barisan Alternatif adalah suatu yang tidak betul? Adakah mahasiswa ini yang 90% (mengikut kajian yang di buat) yang bersama dengan Barisan Alternatif adalah pilihan yang salah? Adakah 10% mahasiswa yang tinggal bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional itu betul? Fikirlah wahai pemimpin zalim ini. Mahasiswa adalah pencetus pemikiran bernas yang di perlukan oleh negara untuk membimbing negara di masa hadapan. Hak mereka jangan di cabuli. Buruk padahnya.

Mahasiswa pencetus teknologi maklumat.

Para pembaca pasti tertanya-tanya mengapa penulisan saya sebelum ini hanya menjuruskan kepada gerakan mahasiswa. Saya sebenarnya adalah salah seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam tempatan. Saya rasa terpanggil untuk menyertai kalian di dalam arena media internet ini. Ini lah yang saya fikirkan. Mahasiswa menjurus kepada banyak cabang keilmuan. Jadi seruan saya kepa seluruh mahasiswa, gunakan lah kemahiran yang kalian ada dengan sebaik baiknya khususnya di dalam perjuang kita sekarang ini.

Perjuangan reformasi perlu di teruskan oleh mahasiswa-mahasiswa seperti kita kerana kita adalah aset penting yang mempunyai tenaga yang banyak, fikiran yang bernas dan segar dan tidak mustahi masyarakat di luar sana boleh menerima pandangan dari kita. Mahasiswa mempunyai pengaruh yang besar di dalam masyarakat. Jangan kita persia siakan peluang yang ada ini. Jangan lah biarkan masyarakat memandang serong di atas perjuangan kita ini. Jika perlu kita terangkan kepada mereka tujuan dan matlamat perjuangan reformasi ini. Dalam pada itu perjuangan kita di dalam pendidikan jangan pula kita abaikan. Di samping kita ingin melihat kearah Malaysia yang adil kita juga tidak harus mengabaikan pelajaran yang wajib kita tuntuti.

Mahasiswa perlu berkorban.

Maksud saya tentang pengorbanan adalah gunakanlah segala apa yang kita mampu untuk berjuang menegakkan Malaysia yang adil. Jika kita mampu menulis tentang perjuangan, silakanlah berjuang di pentas ini. Saya tahu hanya pentas ini sahaja yang tinggal untuk mahasiswa menyatakan pandangan selain demonstrasi jalanan yang tinggi risikonya. Kepada mahasiswa yang boleh berpidato, silakanlah berhujah dengan kawan kawan dan masyarakat menerangkan perkara yang sebenar.

Jika mahasiswa mahir dengan dunia teknologi maklumat ini, silakanlah menggunakannya dengan sebaik mungkin seperti mewujudkan lebih banyak lagi laman laman web yang menjurus ke arah perjuangan ini. Walaupun sekarang ini sudah beribu laman web pro reformasi yang beroperasi. Dan di harap ianya di teruskan dan di update setiap hari. Mahasiswa mahasiswa yang bijak berfikir dan boleh membuat penulisan tentang perjuangan ini janganlah segan silu untuk menghantarnya ke laman-laman web ini untuk di siarkan dan di baca oleh seluruh masyarakat Malaysia yang celik IT ini.

Bagi mahasiswa yang lain itu silalah mengikuti perkembangan semasa dari pentas ini. Maklumat yang di perolehi dari laman laman web ini jauh lebih berkesan dari sumber media media yang lain kerana ianya berfungsi dengan lebih pantas dan berkesan. Kalau boleh mengeluarkan sedikit wang, cetak dan edarkanlah artikel artikel penulisan penulis web ini. Tunjukkanlah sokongan kita sebagai mahasiswa yang berfikiran luas.

Semoga dengan sedikit pengorbanan yang kita korbankan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mewujudkan sebuah negara yang benar benar demokrasi. Negara yang benar benar negara Islam. Negara yang benar benar menggunakan hukum Al Quran sebagai landasan. Semoga perjuangan kita ini di berkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah. Sekian dari saya untuk kali ini.

Hidup Mahasiswa!! Jatuhkan Mahathir!! Reformasi!! Takbir!! Allahuakbar!!

ze elias
Mahasiswa, Aktivis reformis, Pendukung Laman WR.
www.webreformis.com

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter